Kelas ICT Scratch pelajar KEDAP

13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

12 Januari 2020 – Pusat Ekonomi Digital Sungai Lui telah mengadakan Kelas Pembelajaran ICT Microsoft Word yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Sungai Lui pada 12 Januari 2020. Seramai 25 orang peserta yang merupakan pelajar KEDAP (Kelas Dewasa Pribumi) menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang.

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar KEDAP dalam pembelajaran digital menaip dan mengeja menggunakan komputer kerana ianya berbentuk kemahiran yang boleh menarik minat di kalangan pelajar untuk mengira,mengeja dan membaca (3M).Penglibatan guru SKSL Asrizal menggunakan aplikasi Scratch mengadakan kuiz mengeja untuk pelajar KEDAP.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali